Saturday, January 31, 2015

Tip untuk Mata Sihat dan Cantik


Jika anda ingin menjaga kualiti penglihatan yang baik berikut adalah tips yang dapat membantu anda memelihara mata anda.

1. Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.


2. Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.

3. Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.
4. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
5. Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
6. Kurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkankan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
7. Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.


8. Elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.





Friday, January 30, 2015

wow!ini memang best!!mesti cuba



selamat pagi!!
singgah di blog-blog untuk mencari spa-spa yang best..kot2 dapat pergi kan..


inilah dia salah satu spa yang best
  dari testimoni customer spa nie..spa sgt best dan sangat sesuai untuk wanita2 muslimah..dan bukan muslimah je tapi smua...spa yang selesa,cantik yang penting murah dan treatmentnya bagus..

mandian susu treatment
testimoni dari customer HANNAH SPA:
korang boleh try pegi Hannah Spa ni ehh, best gile wa cakappp luuuu. :) lagipon sekarang dorang tengah ada promosi. kupon diskaun ada dengan aku 10 keping. potongan RM50, RM20 dengan RM10. korang nak korang roger aku dekat komen entry ni eh. nanti aku bagi no siri voucher. korang boleh dapat potongan harga time korang pegi treatment nanti. ni alamat dia ehh, 



Hannah Spa
No 17-1, Jalan Sentosa Villa 1/1, Taman Sentosa Villa, 
43000 Kajang, Selangor. 
03-87370846 / 017-2806972


Wednesday, January 28, 2015

Tip Untuk Tumit Kaki Merekah


 Kaki memainkan peranan penting untuk seorang wanita..
kadang-kadang kaki perlukan rehat juga.
admin nak share sikit petua untuk tumit  kaki yang merekah dan  untuk dapatkan tumit kaki yang cantik.
 tapi kalau rasa malas atau tak cukup atau nak rasa urutan kaki blh pilih spa-spa yang korang di
http://www.spakita.com/

Cubalah mana-mana petua di bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukanpada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.



Tuesday, January 27, 2015

Tip Agar Kulit Muka Sentiasa Segar


Inginkan kulit muka yang sentiasa segar walau dalam keadaan yang penat.Yela..penat bekerja dan belajar.Nk ke spa mungkin tak sempat atau tak dapat cuti.

Mungkin boleh cuba  petua-petua  yang simple ini.^^

  • Campurkan 4 sudu jus perahan limau nipis dengan 1sudu kecil madu. Sapukan pada seluruh wajah seperti memakai masker. Biarka selama sejam. Bersihkan dengan air suam. Amalkan 2kali seminggu.
  • Kisar sebiji epal hijau dan ambil jusnya. Sapukan jus epal ke seluruh muka dan biarkan hingga kering, anggaran selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan selalu.
  • Jerang air hingga mendidih. Sementara itu cuci muka hingga bersih. Tuangkan air mendidih ke dalam bekas dan tundukkan muka ke dalam bekas itu supaya wap panas kena pada muka. Tutup kepala dengan tuala supaya wap tidak terkeluar. Amalkan setiap pagi dan malam.